Pernah tak masa kita duduk sendirian, kita tanya kepada diri, "Apa tujuan aku dihidupkan di dunia ini?" Pernah tak kita rasa cukup dengan apa yang kita dah ada sekarang? Dan pernah tak kita rasa dah banyak ke amalan kita untuk kita bawa ke dunia abadi sana?
Sumber gambar dari google.
Tadi, sempatlah menonton Al-Kuliyyah rancangan di TV3. Ustaz yang bagi ceramah tu pula antara Ustaz yang saya suka dengar iaitu Ustaz Ebit Liew. Ustaz Ebit ni bila dia bercerita pengalaman yang dia jumpa, mesti kita yang dengar ini pun rasa sedih juga.
Kalau sesiapa yang selalu ikuti Ustaz Ebit, mesti semua dah tahukan yang Ustaz Ebit suka pergi atau erti kata lain berdakwah ke tempat-tempat macam orang gelandangan tu. Kadang-kadang dia jumpa orang di lorong-lorong bangunan. Kadang-kadang di bawah jambatan dan banyak lagi tempat-tempat yang ustaz pergi.
Ada suatu kisah, ustaz pergi ke suatu tempat, tak silap saya dekat dengan jambatan, dia jumpa orang-orang yang tinggal di situ. Kebetulan ada seorang gadis itu asyik pandang aje ustaz dari jauh. Hinggalah sampai ada peluang, dia pun tegurlah Ustaz Ebit.
"Ustaz.. Dah lama saya tak solat." Itulah ayat yang keluar bila dia dapat bercakap dengan Ustaz. Hati dia nak sangat solat, tapi banyak yang dia dah lupa. Ustaz pun tanya kepada dia apa yang dia masih ingat dalam bacaan solat tu.
Bila dengar kisah macam ini sebenarnya sedih sangat. Sedih sebab, Allah kurniakan kita peluang untuk dapatkan ilmu dengan mudah. Allah beri kita peluang untuk solat dengan lebih selesa, tetapi peluang itu banyak kita abaikan. Kita tak ada masalah pun nak buat solat di rumah atau di mana sahaja yang kita sesuai untuk solat.
Tidak seperti mereka yang dah tiada kediaman sendiri, yang hidup secara gelandangan, mereka tak ada tempat yang sesuai untuk beribadah. Nak pergi ke masjid pun fikir banyak kali. Sebab kadang-kadang makin malu nak berhadapan dengan masyarakat. Bila keadaan mereka ada yang nampak seperti tidak terurus, masyarakat banyak menjauhkan diri daripada mereka. Sedangkan mereka nak sangat dekatkan diri mereka semula kepada Allah.
Yang paling terkesan bila Ustaz kata ustaz pergi ke mana-mana, pasti ada dalam sudut hati mereka, yang nak kembali kepada Islam. Mereka nak sangat solat. Mereka nak sangat amalkan kehidupan mereka seperti muslim yang lain.
Begitulah tujuan kita hidup di dunia ini pun sebenarnya adalah beribadah kepada-Nya. Seperti mana maksud firman Allah s.w.t dalam surah Adz-Dzaariyaat, ayat ke-56: "Dan (ingatlah) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku."
Hidup ini memang perlukan tujuan. Jika tiada tujuan yang tepat, maka terumbang-ambinglah arahnya. Dan begitu jugalah tujuan hidup kita nanti selepas di dunia. Sudah cukupkah amalan yang boleh kita raikan di akhirat sana?
p/s: Sungguh peringatan buat diri ini yang sering lalai dan leka.

kerana ada tujuanlah baru kita tahu dan faham apa fungsi kita bernafas atas bumi ni...
ReplyDelete"tidak Aku jadikan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadah kepada-Ku"
Dear Anies.. Betul tu.. Allah tak cipta kita dengan sia-sia.
Deleteyup.. tujuan tu penting.. baru kehidupan ni bermakna..
ReplyDeleteSha Mohamed.. Betul. Hidup ini memang kena ada tujuan yang jelas.
DeleteBila ada tujuan hidup, hidup akan lebih bermakna..:)
ReplyDeleteAtieYusof.. Setuju. Barulah kita menghargai setiap detik hidup kita.
DeleteSuka dgr ceramah ustaz ebit liew ni..ye mmg setiap hari fikir..apa lg alu nk cari..apa tukuan aku hidup..berapa byk bekalan akhirat aku dah kumpul..tp manusia ni kadang2 lalai dan lena d ulik mimpi dunia huhhu....peringatan utk diri sendiri
ReplyDeleteBetul tu Sis JM. Hidup ini memang kena sentiasa ada yang saling ingat-mengingatkan. Bila lupa tujuan hidup kita, itu yang jadi hidup ini macam tak ada nilai.
Delete