Pesta Buku Tahun ini seingat saya tak ada satu pun reruai yang saya berhenti lama untuk membeli sebuah buku. Hanya hadir ke program yang saya sertai sahaja. Habis dari program tersebut terus balik. Sebab dah beli tiket balik siap-siap.
Saya sangka tahun depanlah baru nak beli Siri Empayar yang ke-4 ini. Bila teringat tentang baucar buku, saya cuba semak. Alhamdulillah, masih dapat tebus. Saya ingatkan dah tak dapat dah. Mungkin sebab saya masih bergelar pelajar aktif. Alhamdulillah dapatlah saya beli 3 buah buku ini. Disebabkan nak jimat wang pengeposan saya beli di kedai yang boleh saya dapatkan pelbagai buku dari penerbit yang berbeza. Maka Popular lah pilihan saya. Memang semua sekali termasuk urusan pos saya hanya guna baucar buku RM100 itu sahaja.
Alhamdulillah, buku ini semua sampai dalam keadaan yang baik.
Maka, terubatlah juga rasa ralat saya tak dapat beli buku masa PBAKL. Saya tebus beli di laman sesawang. Nasib baik teringat tentang baucar buku ini. Baru perasan ada had tempohnya juga.
p/s: Lama betul tak update blog ni. Masih ada ke yang sudi singgah sini?


