Tuesday, 3 September 2019

"Mak Cik.."

Teringat masa terpanggil 'Mak cik' dekat seorang kakak yang menjual di pasar malam. Mencuka betul riak wajah dia. Aduhh.. Tersasul kak. Maafkan saya, kak. Janganlah bermasam muka gitu. Keropok lekor akak sedap. Rindu saya nak beli keropok lekor akak tu. Haha.

Tapi, bila sekarang ini dah ada yang panggil kita Mak Cik. Ok, iyalah nak, mak cik terimalah nak. Jangan risau. Mak cik ni sentiasa sedar diri. Mak cik memang dah tua.

Nak lagi mesra selepas ini bolehlah panggil Mak Cik dengan panggilan Mak Su. Mak Su Inn pun boleh, nak. 

Hahaha. 

Blogspot ni kalau boleh letak emoticon macam di whatsapp tu kan best. Hahaha. Nak bagi feel lagi rasa yang terbuku di hati ini. Hahaha.

p/s: Sebahagian orang perempuan memang sensitif bab panggilan ni. Ke semua? Hahaha. Kalau ada yang saya tersalah panggil. Maklumkanlah. 

10 comments:

  1. tersilap takpe..sentap sekejap je tu...

    Dulu blogspot boleh masuk emoticon, tk tau sekrg ada lg ke tak..jrg guna..edit guna hp, boleh masuk emoticon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha,ah tu lah.. bila dah terperasan, saya betulkan balik. Baru ok sedikit riak wajah dia.

      Ada yang boleh insert emoticon tu tapi tu lah tak memuaskan hati saya. Hahaha.

      Delete
  2. sy tgk situasi... kalau budak2 boleh maafkan kalau dah dewasa....sy x leh terima...dont know why... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Kan.. Kalau bebudak boleh terima lagi. Kalau yang dah besar ni, kekadang kita pandang muka dia bebetul, nak tengok sejauh mana 'muda' dia tu. Sabau ajelah. Hahaha.

      Delete
  3. boleh lerrr...ade emoji untuk blogspot...cuba cek kat menu atas kotak compose..ada tauuu...sebab tu selalu pakai dalam entri...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Yang insert special characters tu ke? Tak nak yang tu.. Tak function sangat emoji dia.. Hahaha.. Demand betul nak yang macam whatsapp ada kaler kaler tu.. Hahaha..

      Delete
  4. haha.. dolu-dolu masa rasa muda, sentap jugalah bila orang panggil makcik.. sekarang nie okay je.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha Mohamed.. Betul-betul.. Saya pun mula-mula macam bengang jugalah. Tapi, anak menakan pun dah dekat 16 orang. Jadi, terima jelah. Sebab dah pangkat makcik pun. Hahaha..

      Delete
  5. Sis JM pernah tau kuar mkn dgn adik..org tu boleh ckp..anak akak ke tu?? Adehhh nampak sgt dah tua ahahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Sis JM nampak matang kut. Huhu.. Sama juga macam kakak saya kena bila keluar dengan saya.

      Delete