Kita akan rasa kagum bila kita melihat sesuatu yang membuatkan kita rasa teruja. Contohnya macam lukisan. Pasti kita akan rasa teruja bila melihat lukisan orang-orang yang mahir ini. Bertambah lagi kagum bila pada mulanya kita hanya melihat garis-garis lurus biasa dan kemudiannya terhasil sebuah lukisan yang sangat cantik pada akhirnya.
Kagum sangat. Sampai rasa kita pun nak jadi macam dia. Tapi, kita pun sedar diri, kita tak akan jadi macam dia jika kita hanya setakat berangan dan tak mulakan apa-apa tindakan.
Bak kata Teme dalam Pelukis Jalanan, "Ia kekal dongeng.. Jika engkau tidak mula berjalan."
p/s: Nak buat sesuatu, minat pun mainkan peranan penting juga, kan?. Bila tak minat itu yang akan jadi hangat-hangat tahi ayam. Hihi. Macam diri inilah, kejap nak buat tu. Kejap nak buat ni. Akhirnya entah apalah yang nak jadi. Hahaha..
setuju. rasa kerdil juga bila diingat itu semua kuasa dan anugerah daripada Allah Taala untuk hamba-hambaNya
ReplyDeleteBetul tu. Kadang-kadang rasa nak macam-macam, tapi terlupa itu semuanya pemberian daripada Allah s.w.t buat hamba-hamba-Nya. Semua orang ada kelebihan yang tersendiri.
Deleteada orang punya bakat semulajadi, ada orang kena belajar baru dapat kuasai ilmu..
ReplyDeletetak salah mencuba hingga dapat apa yg kita minat, lepas tu pulun habis2an..good luck!
Setuju sangat dengan Kak Nohas.
DeleteSemuanya juga atas diri sendiri, kan? Sama ada nak buat ataupun tak.
Insha-Allah, semoga apa yang diminati itu dapat buat dengan sehabis baik mungkin.
minat tu ibarat booster. kalau xde minat, org yg bekerja x sepenuh hati / x ikhlas...
ReplyDeleteSetuju. Buat yang sesuatu yang kita tak minat ni biasanya tak kekal lama. Bila ada minat tu, sibuk macam mana pun mesti nak buat juga,kan.
Deletekena tanam minat dulu lah...bila da tak minat, memang susah nak go on...
ReplyDeleteBetul tu Sunah. Bila ada minat semua boleh jadi.
Delete