Sunday, 8 September 2019

Jemput-jemput Ikan Bilis Campur Udang

Hari ini gerai Kak Milah tak buka. Biasanya sarapan pagi memang ayah beli aje makanan di gerai. Sebab nak cepat makan. Kalau nak memasaknya memang ambil masa betul. Lebih-lebih lagi waktu pagi. Dan lebih-lebih lagi bila seorang Faarihin tu nak buat. Huhu.

Kalau makan untuk tengah hari dan malam memang kena masak. Masak sekali banyak waktu tengah hari senang untuk makan malam terus. Cuma sarapan pagi aje yang selalu beli.

Zaman saya dengan adik-beradik yang lain masih kecil, memang mak selalu buat sarapan. Tapi, ini bila dah tinggal bertiga. Beli ajelah senang. Lagipun gerai Kak milah tu selang sebuah rumah aje. Gerai makan yang memang 'legend' yang dulunya dikendalikan oleh arwah Mak Cik Bibah. 

Lepas subuh tadi mak suruh saya masak jemput-jemput ikan bilis. Udang tu saya campur sedikit aje.

Resipi yang memang mudah untuk semua orang masak. Dan ini bahan yang saya gunakan:

1) Tepung gandum
2) Ikan Bilis
3) Udang
4) Bawang besar
5) Lada hidup merah dan hijau
6) Daun saderi dan daun bawang
7) Air suam
8) Garam secukup rasa
9) Minyak masak untuk menggoreng

Kesemua bahan-bahan dari nombor 3 hingga 6, saya potong halus.

Saya tak letak sukatan sebab semua bahan main agak-agak letak je. Bila belajar memasak dengan mak, memang main agak-agak aje. Rasanya semua mak-mak macam tu kan? Huhu.

Jadi, bahan-bahan dari nombor 1 hingga 8 kita campurkan dan gaulkan hingga sebati. Air tu pun letaklah agak-agak bila dah sesuai sebatian dia untuk menggoreng. Jangan cair sangat. Saya lebih suka guna air panas atau suam sebab nak bagi tepung tu cepat larut. Dah siap goreng, bolehlah makan.

Ini hasilnya bila dah siap digoreng. Cicah dengan sos cili pun sedap.

Saya guna sudu masa nak meletakkan dalam kuali. Kalau guna tangan, mungkin dapatlah buat bentuk bulat-bulat.

Selepas itu, sambung buat maggi. Hahaha.


Maggi ni zaman belajar, tak dapat nak letak macam-macam. Duduk asrama. Tak boleh nak masak. Bila dah ada di rumah, bolehlah kita bubuh macam-macam bahan yang kita nak. Tapi, jangan makan maggi selalu tau! Huhu. Makan bila teringin aje.

Sekian cerita sarapan pagi untuk hari ini.

p/s: Awak semua sarapan apa hari ni?

16 comments:

  1. Replies
    1. Hayati Suki.. Sedap.. Buatlah, nanti lagi sedap. Hahaha.

      Delete
  2. Sedap ni. makan bertambah dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah MN. Betul-betul. Lebih-lebih lagi bila makan memang masa tengah lapar. Haha..

      Delete
  3. tadi nampak org jual jemput2 tp x terasa nk beli sbb dah ada bekal ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Anies.. Bila dah ada bekal. Sedap lagi nak makan bekal sendiri. Nanti bawa bekal jemput-jemput pula. =)

      Delete
  4. selalu buat sama ada ikan bilis atau udang.. tak pernah campur dua-dua ini..
    menarik juga idea nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha Mohamed.. Sebelum ini saya buat asing juga. Cuma masa tu je teringin nak ada dua-dua sekaligus. Sedap jugalah. =)

      Delete
  5. sedap.. sedap... .sedap... makan panas2 ngan air kopi... alahi sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cho Zila... Setuju sangat tu. Tapi, saya biasa minum dengan air Teh 'O' je. Huhu. Minum dengan air kopi lagilah sedap.

      Delete
  6. Alahai sedap ja nengok tu sis.. Jemput2 Bilis tu memang favourite anak beranak.. sllu jg akak buat..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AtieYusof.. Wahhh.. Bagus tu bila anak beranah suka makan. Sebab ada bebudak tak suka ni. Huhuhu. Memang best bila dapat menjamu keluarga macam ni. =)

      Delete
  7. uih sedap ni makan petang2 sambil minum teh tarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tatie... Betul tu. Nak-nak cuaca sekarang yang hujan petang-petang ni. Memang bestlah nak makan makanan macam ni. =)

      Delete
  8. Sis JM pun kalau masak main agak2 je mmg x de sukatan yg tepat..mcm mak mak tak 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Memang macam mak mak.. Boleh dah tu memasak untuk anak-anak nanti. Hihi.

      Delete