Sunday, 17 March 2019

Nak Cari Idea

Selalu cakap nak cari idea. Tapi itulah, kadang-kadang idea itu ada aje depan mata. Tetapi, sayangnya tak dihargai pula. Malah dibiarkannya pergi. Lalu bertebaranlah idea itu ke serata tempat hingga tidak menampakkan dirinya lagi.

Bila menulis macam merepek ni macam laju aje jari-jemari ini menari-nari di atas papan kekunci. Yelah, menulis ikut suka. Memang selambalah nak taip apa.

Cuba kalau taip artikel. Menung ajelah jawabnya. Terkial-kial mencari bahan rujukan yang ada. Jawabnya memang kena banyak membaca.

Rasa hari ini nak singgah blog-blog yang ada. Manalah tahu dapat cari idea untuk terus aktif di blog. Saya ini kalau semangat nak berblog selalunya sekejap aje, selepas itu mesti macam buat-buat sibuk sampai lupa kewujudan blog yang saya ada. Heh. Alasan itu semua.

Oklah. Nak blogwalking.

Yang masih sudi singgah ke sini. Terima kasih diucapkan. [^__^]

4 comments:

  1. Terima kasih singgah blog akak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Azz sudi singgah blog saya juga. [^__^]

      Delete
  2. Semoga berjumpa dengan idea yang dicari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini nak kena cari idea balik ni. Lama dah saya tak update di blog ni. Huhu.

      Delete