Friday, 22 March 2019

Perginya Mereka Pada Hari Jumaat Yang Mulia

Seminggu ini memang tak henti-henti nak baca keadaan yang berlaku di Christchurch, New Zealand. Sejak dari hari pertama lagi mendengar perkhabaran yang menyayat hati ini memang macam-macam perasaan ada. Ada ketikanya mengalir juga air mata ini. Rasa cemburu pun ada juga. Cemburu sebab mereka pergi dalam keadaan Husnul Khatimah iaitu penutup kehidupan yang baik. Di saat mereka ingin menunaikan solat Jumaat, itulah kali terakhir amalan mereka sebelum kembali kepada pencipta-Nya.


Sumber dari Twitter.

Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi. Buat semua keluarga mangsa semoga diberikan kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang seterusnya tanpa orang yang tersayang. Semoga mangsa yang masih dalam rawatan kembali sembuh dan pulih seperti sedia kala. Aminn..

Beruntungnya orang yang mati syahid.

10 comments:

  1. mereka insan2 terpilih insyallah.. semoga kita semua sentiasa dilindungi dimana saja kita berada.

    salam kenal. CT follow sini =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha-Allah, Amin.. Semoga kita juga berakhir dengan pengakhiran yang baik.

      Terima kasih, Siti. Salam kenal juga. [^__^]

      Delete
  2. mereka insan2 terpilih...cemburunya..

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah...perginya mereka di hari mulia, di tempat yg mulia..semoga keluarga mereka tabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mereka yang masih ada, kuat hadapi setiap ujian ini.

      Delete
  4. dan kita masih terlalu jauh untuk jadi macam mereka...Allahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha-Allah, syurga dah menanti untuk mereka. Dan kita pula moga dapat juga ke syurga-Nya juga.

      Delete
  5. Rezeki mereka dijemput pada hari Jumaat..

    ReplyDelete