Friday, 29 March 2019

Ada Sesuatu Yang Boleh Kita Belajar Dengan Si Kecil

Bila berada dengan si kecil. Macam-macam pelajaran yang boleh kita ambil.

Antaranya:

1) Mereka sentiasa berusaha untuk melakukan sesuatu. Erti kata lain, perkataan putus asa macam tak wujud bagi mereka.

2) Mereka tak fikir buat sesuatu itu akan memberikan kesan yang bahaya, yang mereka tahu, mereka nak terus mencuba dan terus mencuba.

3) Keadaan sekeliling adalah 'guru' mereka. Mereka belajar apa sahaja yang berada di sekitar mereka. Contohnya cara kita bercakap, marah, cara menegur dan pelbagai perkara yang lain akan sentiasa menjadi ikutan buat mereka.

4) Dan mereka suka bertanya dan terus bertanya sampaikan menguji jugalah kesabaran kita. Haha.

Banyak perkara sebenarnya jika nak disenaraikan.



Kenangan di Primula Beach Resort bersama Arfan dan Aryan.

p/s: Nak layan kerenah anak-anak kecil ini memang kena banyak sabar..

6 comments:

  1. yeee, memang kena bersabar! sebab tu agaknya seketul sunah belum dikurniakan cahaya mata..ahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha-Allah, sampai masanya ada rezeki untuk Sunah Sakura nanti. Doa dan usaha banyak-banyak. =)

      Delete
  2. Part bertanya tu memang sha setuju.. selagi dia tak puas hati, selagi tu soalan tu akan berulang ulang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sha Mohamed. Sampai kadang-kadang, kita pula jadi tak sabar nak layan dah. Hahahaa.

      Delete
  3. 5) Mereka innocent dan tidak berdendam..satu sifat yang takde pada orang dewasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul. Yang ini saya setuju. Mereka kena marah banyak kali pun tetap nak datang dekat kita juga.

      Delete