Tadi, pergi pasar malam. Hari Sabtu ni kalau tak menyinggah ke sini macam tak sah aje, kan. Kadang-kadang tu bosan juga. Sebab benda yang sama aje jumpa. Makanan yang sama aje asyik dibelinya. Tapi, nak juga jejak ke sini.
Selepas dah beli semua makanan yang disenaraikan dalam kepala. Teruslah nak gerak ke kereta. Jalan sampai ke simpang, tetiba ada satu makhluk dok bergesel-gesel di kaki. Saya ni sebenarnya bukanlah gemar sangat dengan kucing. Tapi, tak sampai hati kalau nak biarkan kucing tu tak dapat makanan. Kebetulan hari ini tak ada pula nak beli ayam goreng.
Jadi, saya pun patah balik ke reruai yang ada jual ayam goreng. Dengan langkahan yang laju tanpa toleh kiri dan kanan. Jalan menonong. Tetiba disapa satu suara, "Hai.. Laju jalan."
Sekilas saya menoleh. Lepas tu pandang ke depan. Toleh balik ke arah yang menyapa tadi.
"Ehhh.. Cikguuuuu.."
Hahaha.
Tak boleh blah betul. Bila cikgu sendiri yang tegur anak murid. Hahaha. Patutnya sayalah yang tegur cikgu saya tu. Ini terbalik pula. Cikgu pula yang tegur anak muridnya. Hahaha.
Punyalah lama dah tinggalkan zaman sekolah menengah. Adalah dekat 16 tahun dah tinggalkan sekolah. Rasa tua bebenau dah.
Alhamdulillah, Cikgu Fizik saya tu masih sihat. Masih cergas untuk bergerak ke mana-mana. Ramai cikgu-cikgu saya dah pencen. Termasuklah Cikgu Fizik saya ini. Ada juga saya bertanyakan kepada beliau, apa aktiviti yang dilakukan selepas beliau pencen. Beliau katakan yang beliau sekarang jadi cikgu mengaji. Alhamdulillah, satu aktiviti yang sentiasa orang nak belajar. Bila bab mengaji ni memang semua peringkat nak datang tuntut ilmu.
Semoga Cikgu Fizik saya ini diberikan kesihatan yang baik, sentiasa dipermudahkan urusannya dan sentiasa diberkatiNya. Cikgu Fizik saya ini, boleh dikatakan hampir semua kakak saya dia ajar. Sebab itu dia ingat aje adik-beradik saya semua. Lagipun Cikgu saya ini rajin juga buat kek lapis dan kek cokelat. Memang ramai orang tempah dulu. Sekarang, tak pasti pula masih buat lagi atau pun tidak.
Memang seronok belajar dengan beliau. Belajar Fizik masa tingkatan 4 dan tingkatan 5 memang dengan beliau ajelah. Belajar dengan beliau memang best, tapi tulah.. Anak muridnya ini ajelah yang payah benar nak faham. Keputusan Fizik saya memang kelaut habis. Alhamdulillah dapat cangkul masa SPM. Yang mana faham tu fahamlah ye. Yang mana tak faham tu, buat-buat faham ajelah. Hahaha.
p/s: Seronok dan teruja sebab Cikgu Abu Kassim ingat dekat anak muridnya ini lagi. Semoga Allah s.w.t permudahkan urusan cikgu.
p/s lagi: Rasanya macam lebih senang update blog tanpa gambar. Tapi, itulah tak ada gambar, rasa hambar pula, kan?
kalo wak nampak ko tengah jalan mesti wak pon jerit gak, "Oitttt! "
ReplyDelete"cik adik yg maniss., " hehehe
Hahaha.. Wak kena tambah lagi satu ayat. "Blog bukanlah hak milik kekal." Pasti cepat saya toleh sebab tahu itu mesti Wak Lat. Hahaha.
Deletepandai ya cikgu buat kek..ingatkan pompuan..
ReplyDeleteLab fizik tk brp gemar..suka lab chemistry..
Ha, ah Kak Nohas. Cikgu saya tu memang rajin juga buat kek. Ramai orang order dengan dia.
DeleteSaya tak tahulah suka lab apa. Ketiga-tiganya saya lulus cukup makan aje. Tak tahu kenapa beria nak ambil sains tulen dulu. Hahaha.
ye memang lagi senang update blog tanpa gambar, tapi kalo saya mana bolehhh..hahahahhahah, wajib ada gambar...
ReplyDeletebest kan kalo cikgu kita ingat kita lagi! mesti FT ni fofular kat sekolah dulu!
Bagisaya ok je update tiada gambar.
ReplyDeleteSeronok dapat jumpa cikgu. Saya dah tak bertembung sebab dah pindah lama.
Ok dah tu fizik dapat cangkul daripada dapat taugeh hehehee...
ReplyDeleteMrs. A suka ada gambar sekurang-kurangnya selitkanlah seketul baru ada seri.
Apa-apa pun kalau tulisan dah menarik takde gambar pun ok jer..
Kalau cikgu ingat anak murid, mesti anak murid dia ni talkative kan? Tak pun anak murid kelakar?
ReplyDeletetetiba tingat cikgu fizik saya. dia satu2 nya cikgu fizik kat sekolah tu smpi pencen. dr mula ditempatkan kt sekolah tu smpi laa pencen dia x ke sekolah lain. selain mengajar fizik dia jg ajar sains utk F4 N F5. jawatan terakhir dia kat sekolah tu khabarnya penolong pengetua 1. mudah2an Cikgu Kasim sihat hendaknya...
ReplyDeletehaha comelje cikgu tegur mcm tu
ReplyDelete