Sejak memandu kereta ni macam-macam nak kena tahu, kan?
Hari Rabu yang lepas dapat info tentang drive shaft. Fungsinya adalah untuk memusingkan tayar. Apa yang menyebabkan saya nak bercerita tentang drive shaft ni? Dipendekkan cerita, kereta yang saya pandu ini setiap kali nak membelok kiri bukan main kuat lagi bunyinya. Bunyinya macam, " Tuk.. Tuk..Tuk..".
Berbulan-bulan jugalah saya biarkan bunyi yang saya tak tahu punca dari mana. Sehinggalah saya rasa makin lama makin tak sedap hati bila bunyinya makin kuat. Tu lah. Tahu nak memandu aje. Nak pergi ke bengkel punyalah tak berapa nak rajin. Hihi.
Yang saya perasan setiap kali saya membelok kiri bunyinya makin kuat. Kadang-kadang bila ke kanan pun berbunyi juga. Tapi, tidaklah sekuat setiap kali saya belok ke kiri. Jadi, saya pun mengambil keputusan untuk ke bengkel tayar. Sebab rasa macam ada kaitan dengan tayar. Bila mekanik dah maklumkan kerosakan yang ada pada kereta saya. Barulah saya tahu puncanya.
Dengan menggunakan kuasa Google, saya pun carilah apa yang dikatakan dengan drive shaft ni. Nak tanya kepada mekanik tu, macam tak tertanya. Ramai pula pelanggan masa tu. Segan nak ajak borak. Saya pemalu orangnya. Hihiiii... Maka, saya tanya Encik Google ajelah. Saya pun pergilah ke tempat duduk yang disediakan di bengkel tersebut. Tak tengok pun apa jadi dekat kereta. Tahu-tahu aje dah siap. Haha. Tak elok juga sebenarnya buat macam ni. Seelok-eloknya pergilah pantau. Sekurang-kurangnya tahu juga apa yang mekanik tu buat dengan kereta kita. Tapi, tak apalah. Saya letakkan kepercayaan kepada mekanik itu semua.
Hanya drive shaft bahagian kiri sahaja yang ditukar. Bahagian kanan, Alhamdulillah, ok. Boleh tahan juga harga satu drive shaft ni. Hampir ke 300 ringgit juga harganya. Alhamdulillah, selesai drive shaft baru dipasang, kemudian dah siap buat alignment dan adjust camber, saya pun pulang dengan hati yang girang. Bunyi yang merisaukan dah tiada. Alhamdulillah.
Berdasarkan pembacaan yang saya perolehi, drive shaft ini berfungsi selepas enjin kereta dihidupkan. Tenaga yang terhasil daripada kotak gear akan digunakan oleh drive shaft untuk memutarkan tayar kereta kita. Jadi, komponen ini memang sangat penting untuk kereta kita. Tanpa drive shaft, sukarlah untuk tayar kita bergerak.
Punca drive shaft bermasalah adalah disebabkan:
Cover getah yang terdapat pada drive shaft itu rosak. Fungsi cover getah drive shaft ni adalah untuk melindungi dari sebarang kekotoran seperti pasir, tanah atau air dan apa sahaja yang seangkatan dengannya. Bila rosak, kotoran akan terkumpul dan minyak gris akan terkeluar. Bila kedua-duanya dah bercampur akan memberikan kesan kepada CV Joint. Jadi, bila CV Joint rosak, makin bergandalah harga kita nak membayarnya.
Tanda-tanda untuk kita tahu drive shaft bermasalah:
1) Ada bunyi setiap kali kita membelok ke kanan atau ke kiri. Kadang-kadang bunyi dia macam 'Tuk..Tuk..Tuk.." Ada masa bunyi dia macam, "Ketek..Ketek..Ketek.." Kedua-dua bunyi itu bila ada, cepat-cepatlah ke bengkel. Jangan jadi macam saya, anggap bunyi itu macam muzik pula. Hahaha.
2) Rasa gegaran kepada kereta. Tanda-tanda ini saya selalu dapat rasakan masa setiap kali sebelum saya tukar gear ke Neutral di Traffic Light. Kalau saya hanya biarkan dengan tekan brek kaki, memang kuat gegaran tu. Tapi, masa itu memang tak tahulah ada kaitan dengan drive shaft.
3) Enjin mati tiba-tiba masa memandu. Yang saya perasan masa tu enjin mati bila saya tengah nak buat pusingan mengundur ke belakang. Setiap kali berlaku saya masih lagi di perkarangan rumah. Bahaya juga bila enjin tetiba mati ketika sedang memandu di atas jalan raya.
Memang bahaya juga bila kita biarkan masalah drive shaft ni. Boleh buatkan kereta kita tersadai di tepi jalan.
Jadi, kepada semua, kenal pasti masalah yang ada pada kereta anda. Jangan biarkan melarat macam saya. Berkepuk-kepuk duit nak membayarnya nanti. Huhu.
Boleh baca di sini untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai Drive Shaft:
1) Kenapa Drive Shaft Cepat Rosak?
1) Kenapa Drive Shaft Cepat Rosak?
p/s: Betullah kata salah seorang mekanik yang selalu kakak saya hantar kereta ni, "You nak guna kereta, banyak duit tau nak kena pakai." Dahlah tak ada kerja tetap lagi ni. Lagilah nak menangis juga rasanya. Terpaksalah buat pinjaman dengan famili. Lagipun, mak saya tak nak kereta ni tersadai macam tu aje. Nak tak nak, kenalah juga pandu kereta ni. Semoga dapatlah kerja tetap tu nanti. Sedih rupanya bila ada kereta, seronoknya tidaklah seindah mana bila asyik nak ke bengkel. Huhuhu.. Lepas ni nak kena siap sedia tukar tayar la pula.. Dah ada pendapat sendiri nanti, memang kena sediakan satu tabung untuk servis kereta.

keadaan kereta yg baik penting utk keselamatan diri sendiri..
ReplyDeletedidoakan semoga dapat kerja tetap secepat mungkin..jgn bersedih ya..
Betul tu Kak Nohas. Kena sentiasa pastikan kereta ini selamat untuk dipandu. Insha-Allah, Aminn.. Terima kasih banyak Kak Nohas. =)
Deletewak baru je repair kete anak wak proton saga tuh pasal gearbox., huhuhu
ReplyDeletemmg koyak rabak poket suar kannn.,
Hahaha.. Kan, Wak Lat. Kalau guna kereta lama memang banyaklah nak kena betulkan. Duit keluar macam air. Hahahaa..
Deletehaah, pakai kereta banyak maintenance, lagi2 kalo belum habis bayar....sekarang ni macam menyesal pun ada, kalo dulu beli yang basic je pun da memadai sebenarnya...asalkan kenderaan tu bole bawak kita dari satu tempat ke tempat yang lain..
ReplyDeletekereta saya ni pun da bunyi macam cengkerik menciciciciciciciccittt aje, tanda timing belt da nak kena tukar, tapi bajet belum ada...huhuhu
Heheheheee teringat kat keta Mrs. A baru-baru ni ada masalah yang sama drive shaft bunyi kuat memang seriau kan...
ReplyDelete