Wednesday, 20 November 2019

Master by Research


Hari ini saya tengok keywords. Ada pengunjung mencari cara-cara nak sambung Master by Research. Saya tak sambung Master lagi. Tak tahu bila nak sambung. Insha-Allah, ada rezeki nanti sambunglah. Sekarang ni fokus dapatkan pekerjaan tetap dahulu, bayar hutang dan kemudian baru teruskan perancangan yang lain pula.



Ok, kepada pengunjung yang mencari, saya kongsikanlah serba-sedikit bagi sesiapa yang nak sambung pengajian Master secara penyelidikan ini. Jika ada kawan-kawan atau pengunjung lain yang tahu cara yang betul, kongsikanlah nanti di ruang komen.

Antara langkah-langkah yang boleh awak ambil untuk sambung Master by Research dalam negara:

1) Tetapkan matlamat awak nak sambung by research sebab apa dan kenapa. Ada baiknya kalau awak dah ada tajuk sendiri, jadi awak dah tahulah apa yang awak nak buat. Kemudian, carilah di Universiti mana yang awak nak buat. Boleh tengok di direktori staff. Hubungi pensyarah tersebut dan bagitahulah berkaitan minat awak nak buat research di bawah penyeliaan pensyarah tersebut. Jika pensyarah itu boleh guide awak. Maka, teruskanlah untuk hantar permohonan.

2) Boleh juga cari di Facebook universiti yang berkaitan. Join mana-mana group postgraduate yang ada. Biasanya di situ, memang ada pensyarah yang akan keluarkan iklan untuk mencari pelajar research.

3) Sentiasalah rujuk laman sesawang universiti. Contoh di UTHM, boleh rujuk di sini. Centre For Graduate Studies.

4) Boleh juga pergi ke pameran kerjaya yang biasanya akan ada juga pihak universiti datang untuk sertai buka reruai. Di situ nanti anda boleh dapatkan penerangan dengan lebih jelas lagi.

5) Bila nak buat Master by Research ini, ada baiknya carilah penyelia awak yang ada geran. Bila ada geran, tak adalah banyak sangat kos yang perlu pelajar keluarkan sendiri untuk siapkan penyelidikan itu nanti.

6) Kalau kata, nak sambung juga tapi tak tahu nak buat tajuk apa. Ok, cubalah mohon untuk jadi RA atau nama penuhnya Research Assistant, sebab dari sini, pensyarah yang berkaitan itu akan bantu awak untuk awak sambung Master by Research. Biasanya kalau jadi RA ni memang dia akan buat Master sekali. Jadi, awak tak payah pening-pening kepala nak cari tajuk. Pensyarah tersebut akan tolong awak nanti. Cumanya di sini, awak kena punch in dengan punch out lah. Macam orang masuk kerja pejabat tu. Kalau tak buat nanti awak tak dapat elaun. Untuk mohon jadi RA boleh layari laman sesawang universiti yang awak nak masuk atau pun macam dalam poin yang ke-2 yang saya nyatakan tadi.

Itu sahajalah yang saya tahu. Semoga dapatlah juga membantu awak yang tercari-cari cara untuk sambung Master by Research ini.

Selamat maju jaya kepada awak semua! 


p/s: Teringin nak sambung belajar di luar negara, tapi banyakkan prosedurnya? Huhu.

7 comments:

  1. menarik jg..takyah gi kerja kecuali yg jadi RA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Tu lah, tapi kena rajinlah kan kalau buat mode by research ni.

      Delete
  2. Jiwa kena kental dan kuat nak sambung master dan seterusnya. Jadi RA pun kena pastikan duit geran cukup nak tampung RA. almaklumlah sekarang subsidi untuk Research U makin kurang :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis Azhafizah, sebab sekarang ni pun banyak bajet yang dikurangkan. Semoga urusan mereka semua dipermudahkanlah.

      Delete
  3. Good tips semig abermanfaat kpd yg tercari2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha-Allah.. Semoga perkongsian ini dapatlah sumbangkan idea kepada yang mencari itu.

      Delete
  4. aida baru settle masters by coursework.
    tak brape berani buat by research.
    mentally kena kuat if nak proceed with research method.
    tahu dah apa nak dikaji. da tau dah which lecturer nak lead.
    bincang scope. relevan tak scope utk masa depan.

    ReplyDelete