Saya masih lagi dalam fasa mencari kerja. Selagi ada peluang untuk mencari, saya akan terus mencari dan mencari. Bila ada yang tanya, "Ada perancang untuk sambung belajar lagi?".
Semestinya ada. Tetapi, bukanlah waktu yang terdekat. Sekarang ini lebih nak mencari kerja, ada pendapatan sendiri nanti bolehlah saya membayar segala hutang yang ada.
Lebih nampak nak bayar hutang aje ni. Nak belajar lagi tu kemudianlah saya fikirkan.
Hari ini tadi baru pergi pameran kerjaya atau 'Job Fair' yang dianjurkan oleh Jobs Malaysia Melaka dengan usahasama Politeknik Merlimau Melaka (PMM) yang bertempat di Dewan Platinum, PMM. Dapatlah saya pergi temuduga secara terbuka ini.
Sesiapa yang berdekatan, bolehlah pergi. Program ini berlangsung sehingga pukul 4.30 petang ini. Kalau sempat, pergilah. Ada pelbagai jenis peluang pekerjaan yang disediakan. Ada bahagian teknikal, ada bahagian retail, ada bahagian pengurusan dan pelbagai lagi bahagian kerja yang ada.
Nak ikutkan, memanglah saya nak cari dalam bidang yang saya belajar. Tetapi, saya cubalah juga mencari peluang yang lain. Yang penting usaha nak mencari kerja itu, masih ada dalam diri. Lama-lama duduk di rumah ini, memang perlukan semangat yang kuat untuk melawan segala kemalasan yang ada. Haha.
Biarpun sudah berbulan-bulan duduk di rumah, tetapi ada juga kerja sendiri yang saya lakukan untuk menjana pendapatan sendiri. Nak tahu kerja apa? Nanti saya kongsikan di lain entri.
p/s: Nak kena rajin membaca dan menulis semula ni. Semoga kerajinan yang ada pada awak semua mengalir juga ke dalam diri saya. [^_^]

good luck..teringin gak nak tau apa kerja yg sedang dibuat..
ReplyDeleteInsha-Allah, Kak Nohas, nanti saya kongsikan. =)
DeleteSemoga dipermudahkan dan ada rezeki dapat kerja yang baik baik. Aaminn
ReplyDeleteInsha-Allah, Aminn.. Terima kasih banyak sis Azhafizah MN. =)
DeleteJgn putus asa Minta je semua post insya allah nnti masa DPT nnti semi dpt
ReplyDeleteInsha-Allah.. Semoga Allah s.w.t permudahkan setiap urusan ini semua. Terima kasih, Mamapp. =)
Delete