Alhamdulillah, semalam berlangsungnya Anugerah Naib Canselor di UTHM. Tahniah saya ucapkan buat rakan-rakan seperjuangan yang berjaya mendapatkan anugerah tersebut.
Saya? Tak dapat pun. Mula-mula, memanglah sedih juga. Nak menyesal pun dah tak ada gunanya lagi. Dah habis pun belajar. Bak kata ayah pun, "Nak buat macam mana, dah selesai dah pun."
Nak ikutkan, semasa semester akhir yang lepas, memang saya target nak dapatkan pingat tu. Sebab nak dapatkan yang selempang tu memang dah menyempang. Memang tak akan dapat. Hahaha.
Tapi, tak mampu juga saya nak tunaikan. Usaha ala kadar aje, mana nak dapat, kan?
Tak apalah, demi untuk menyedapkan hati, saya ulang-ulang kata kepada diri. "Bersyukurlah. Sekurang-kurangnya dapat juga habiskan pengajian." Memang kalau nak cerita bab menyesal tu memang boleh siap satu buku. Hahaha.
Alhamdulillah. Saya mulakan semester pertama di UTHM dengan keputusan GPA 3.45 dan saya sudahi keputusan GPA saya dengan nilai 3.40.
CGPA? Tak perlulah saya ceritakan. Sebab 'dia' dah selamat menyelam kelautan yang dalam. Hahaha.
Inilah pingat tu. Tahniah, Ekin dan kawan-kawan!
(Ekin ni salah seorang teman sebilik semasa di semester 1)
p/s: Insha-Allah, saya bakal berkonvo pada hari Ahad ini. Jemputlah datang ke UTHM, ada banyak booth yang dibuka. Banyak jualan mur mur katanya.
p/s: Maaf tak dapat nak blogwalking ke semua blog. Nanti saya jenguk ke blog kengkawan. Terima kasih kepada semua yang masih sudi singgah ke sini. [^_^]

tahniah pada semua :)
ReplyDeleteTerima kasih, Sis Tatie. =)
DeleteAlhamdulillah sis..TAHNIAH dah habis pengajian.. takpa lah tak dpt anugerah NC tu..mgkin belum rezeki..hihi kot2 nanti nak sambung study lagi..
ReplyDeleteHappy konvokesyen ya..
Alhamdulillah.. Terima kasih, Sis Atie. Alhamdulillah syukur dah habis belajar. Insha-Allah, ada rezeki memang nak sambung lagi. =)
DeleteAlhamdulillah. Tahniah Faa! :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Terima kasih, Anem. =)
DeleteTak pe Faa...tak de rezeki yang ni mgkin ada rezeki yang lebih baik...sis JM doakan agar Faa cepat dapt kerja tetapi dan menepati kelulusan aamiiinnn
ReplyDeleteInsha-Allah.. Aminn.. Terima kasih banyak Sis JM. Semoga cepatlah saya dapat kerja. Rasa cam dah lama sangat duduk melepak di rumah. Hihi.
DeleteALHAMDULILLAH TAHNIAH FAARIHIN TUMPANG BERBANGGA
ReplyDeleteTerima kasih, Kak Paridah. =)
DeleteALhamdulillah dah grad. Takpa, rezeki masing-masing kan :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Betul tu. Masing-masing punya rezekikan. Terima kasih, Azhafizah MN. =)
Delete