Dapat menjauhkan diri dari fitnah Dajjal.
Berdasarkan hadis dari HR Muslim, "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal."
Dalam riwayat Abu Dawud pula seperti yang disampaikan oleh Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barang siapa yang menghafal ayat akhir daripada Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada fitnah Dajjal."
Tambahan lagi dengan membaca Surah Al-Kahfi juga akan memperolehi pengampunan dosa di antara dua jumaat. Seperti di dalam hadis: "Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka akan memancar cahaya di bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua Jumaat." (HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi).
Selepas ini, eloklah selalu amalkan membaca surah Al-Kahfi dan begitu juga surah-surah yang lain. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dari segala gangguan yang tidak diingini dan tetap teguhkan iman kita. Moga kita juga sentiasa istiqamah di jalan-Nya. Insha-Allah.
Sumber:
1) http://www.islam.gov.my/e-hadith/319-kelebihan-membaca-surah-al-kahfi
2) https://www.hmetro.com.my/addin/2018/07/362195/manfaat-surah-al-kahfi
3) https://www.mingguanwanita.my/ini-rupanya-4-sebab-kenapa-surah-al-kahfi-sangatlah-digalakkan-dibaca-hari-jumaat/p/s: Jika ada yang salah mohon betulkan. Rasa macam pergi masuk kelas hadis aje. Teringin nak belajar tentang hadis-hadis yang lain.
Alhamdulillah sempat baca al kahfi siang tadi.. Perkongsian yg bagus..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Semoga kita semua sentiasa dapat amalkan.
DeleteSyukran..suka cerita2 dlm surah ni..
ReplyDeleteKan.. Banyak kisah yang dapat kita perolehi daripada surah ni.
Deletesurah yang sangat penting diamalkan pada akhir zaman macam ni..
ReplyDeleteBetul tu Sunah. Surah itu yang membolehkan kita jauhkan diri dari fitnah Dajjal. Insha-Allah.
Deletesurah2 lain pun jgn lupa dibaca ;-)
ReplyDeleteBetul tu. Surah-surah lain juga wajib dibaca. =)
Delete