Sunday, 25 August 2019

Banyakkan Membaca

Rugi betul bila menghadiri temuduga yang pertama saya tidak membuat persiapan sebaik-baiknya. Saya akui saya kurang membaca. Jadi, setiap soalan yang penemuduga tanyakan, saya tidak dapat menjawab dengan lancarnya. 

Silap sendiri. Dah banyak kali dah orang sekeliling pesan, studi, baca apa yang berkaitan. Tapi, saya buat endah tak endah. Sehari sebelum temuduga barulah sibuk nak baca mana yang sempat.

Memang hasilnya tidak memuaskan.

Selepas ini, mesti rajinkan diri untuk membaca selalu. Semoga temuduga yang akan datang, dapat saya hadapi dengan sebaik-baiknya. Insha-Allah.

Baru-baru ini tersebar video anak kecil yang petah membaca hadis yang dipelajarinya di sekolah tadikanya. Lagilah membuatkan diri ini rasa tercabar sungguh.

Barulah sekarang saya nak membelek buku Hadis 40 Imam Nawawi yang pernah saya beli 8 tahun lepas. Buku itu tidaklah tebal mana, memang bolehlah untuk kita membaca hadis secara santai. Nak yang betul-betul lebih mendalam, memang kena pergi kelas dan berguru.

Amalan membaca ini memang seronok sebenarnya. Sebab, lagi banyak yang kita membaca, lagi banyak yang kita tidak tahu sebenarnya.

Contohlah kita membaca ayat Al-Quran berserta maknanya. Banyak ilmu yang akan kita perolehi. Semuanya ada.

Jadi, selepas ini, semoga rajin-rajinlah diri untuk banyakkan membaca segala ilmu yang ada.

p/s: Baru baca hadis pertama. Pahala amal bergantung kepada niat. Dan masa baca tu tadi terikut-ikut gaya si kecil itu membaca. ☺



12 comments:

  1. membaca jambatan ilmu...tapi semakin berusia ni semakin susah nak pegang buku...lebih banyak baca online aje...hhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, Sunah. Saya pun sama. Buku yang dibeli banyak tak habis baca lagi ni. Hahaha.

      Delete
  2. Jom membaca.. Apa pun bahan bacaan kita, andai diambil yang positif.. pasti ada manfaatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha-Allah.. Jom.. Jom.. Semoga selepas ini lebih rajin membaca. =)

      Delete
  3. membaca untuk menambah ilmu didada...

    semoga lebih bersedia utk interview yg lain..good luck..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu Kak Nohas. Insha-Allah, terima kasih, Kak Nohas. =)

      Delete
  4. start baca buku nipis2 atau komik... dr situ mungkin akan timbul minat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Ok, Anies. Bagus juga idea tu. Rasanya lepas ni nak cari komik lah pula. =D

      Delete
  5. membaca ni seronok... dengan membaca memanjangkan usia, menambah pengalaman. done follow sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh.. Membaca memanjangkan usia? Baru dengar tu. Terima kasih, sudi follow sini. =)

      Delete
  6. membaca ni org kata = jambatan ilmu.
    aida ni kurang membaca novel, farihin.
    but suka baca non-fiksyen. fakta. berita. motivasi.
    tak selalu tapi ok ok la.
    anak2 aida, kak Nurin suka membaca.
    syuhada aida sedang train lagi.
    byk faedah nyer if rajin membaca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya Aida. Nak baca yang fakta ni kena ada juga minat yang tinggi tu. Saya bila baca yang fakta ni selalunya nak tidur aje. hahaha. Wahh.. bagus tu terapkan budaya membaca kepada anak-anak. Insha-Allah, betul tu memang banyak faedah bila rajin membaca, kan. =)

      Delete