Tarikh itu buat pertama kalinya saya kembali menghadiri temuduga setelah secara rasminya menamatkan pengajian pada Februari yang lepas.
Tarikh itu juga ulang tahun salah seorang adik sepupu saya.
Dan.. Tarikh itu jugalah adalah tarikh buat adik sepupu saya yang paling bongsu sebelah emak saya pergi kembali kepada pencipta-Nya.
Malam itu adalah malam yang paling sedih buat keluarga Mak Busu saya.
Saya dan ahli keluarga lain juga tidak terkecuali.
Dia anak kecil yang paling menghiburkan hati buat keluarganya.
Sungguh pemergiannya sangat terasa hingga ke hari ini.
Al-Fatihah buat Fitrah Husna.
Sungguh Kak Inn rindukan Fitrah.
Tak ada lagi yang sering menjerit panggil kak Inn sambil melambai-lambai tiap kali nampak dia pulang ke rumah.
Insha-Allah, syurga buatmu sayang.
p/s: Selepas ini, setiap kali si abang akan mengingati ulang tahun kelahirannya pasti akan mengingati pemergian adik bongsunya.
Al-fatihah utk adik Fitrah...eemoga keluarga Mak Busu tabah...
ReplyDeletesemoga Inn sukses dlm interview..
Terima kasih, Kak Nohas. Insha-Allah, semoga semuanya dipermudahkan.
DeleteAllahu..sedihnya bila tarikh hari lahir sama pula dengan tarikh pemergian orang tersayang
ReplyDeleteKan.. Sedih sangat bila teringat tu nanti. Semoga semuanya tabah.
DeleteAllah.. Takziah..
ReplyDeleteTerima kasih, Sha.
Deleteallahumghfirlaha warhamha waafiha wa'fu 'anha
ReplyDeleteAminn..
Deleteaduhai...
ReplyDeletesalam takziah dari Aida ye.
Terima kasih, Aida.
Delete