Tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Kali ini saya hanya sempat berbelanja di dua buah reruai sahaja. Tak ada pun buku bacaan dewasa. Semuanya buku bergambar kanak-kanak. Memandangkan saya dah mula terjun dalam bidang buku kanak-kanak. Memang buku genre ini sahajalah yang asyik saya cari untuk dibuat rujukan.
Sebahagian buku Siri Fenomena Alam yang saya beli di reruai DBP.
Buku saya tak tak tersenarai di sana. Tapi, masih boleh dapatkan di laman DBPNiaga. Buku Jangan Panik, Bumi Bergegar. Kisah tentang Michiko dan adiknya yang berhadapan dengan detik cemas ketika gempa bumi berlaku. Apakah yang dilakukan oleh mereka untuk selamatkan diri? Semuanya terjawab dalam buku Jangan Panik! Bumi Bergegar.
Kemudian, saya singgah ke Transit Seni untuk dapatkan buku Siri Nostalgia.
Kemudian, saya singgah ke Transit Seni untuk dapatkan buku Siri Nostalgia.
Saya suka dengan ilustrasi dalam setiap buku ini. Menarik! Ceritanya memang banyak mengimbau kenangan semasa zaman kanak-kanak dahulu.
Tak lama saya di PBAKL. Memang banyak reruai tak sempat saya singgah. Mungkin sebab bajet pun tak banyak. Jadi, saya cuba menahan diri untuk tidak berada lama di sana.
Semoga PBAKL akan datang dapat saya jejak lagi. Dan bukan hanya datang sebagai pengunjung. Moga datang sebagai penulis yang bercerita tentang karyanya di sana. Fuhh! Berangan sungguh. Hahaha.
p/s: Kerana berangan itu percuma. Macam-macam saya nak buat. [^__^]