Monday, 3 June 2024

PBAKL 2024

Tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Kali ini saya hanya sempat berbelanja di dua buah reruai sahaja. Tak ada pun buku bacaan dewasa. Semuanya buku bergambar kanak-kanak. Memandangkan saya dah mula terjun dalam bidang buku kanak-kanak. Memang buku genre ini sahajalah yang asyik saya cari untuk dibuat rujukan.



Sebahagian buku Siri Fenomena Alam yang saya beli di reruai DBP.

Buku saya tak tak tersenarai di sana. Tapi, masih boleh dapatkan di laman DBPNiaga. Buku Jangan Panik, Bumi Bergegar. Kisah tentang Michiko dan adiknya yang berhadapan dengan detik cemas ketika gempa bumi berlaku. Apakah yang dilakukan oleh mereka untuk selamatkan diri? Semuanya terjawab dalam buku Jangan Panik! Bumi Bergegar.


Kemudian, saya singgah ke Transit Seni untuk dapatkan buku Siri Nostalgia. 




Saya suka dengan ilustrasi dalam setiap buku ini. Menarik! Ceritanya memang banyak mengimbau kenangan semasa zaman kanak-kanak dahulu.

Tak lama saya di PBAKL. Memang banyak reruai tak sempat saya singgah. Mungkin sebab bajet pun tak banyak. Jadi, saya cuba menahan diri untuk tidak berada lama di sana.

Semoga PBAKL akan datang dapat saya jejak lagi. Dan bukan hanya datang sebagai pengunjung. Moga datang sebagai penulis yang bercerita tentang karyanya di sana. Fuhh! Berangan sungguh. Hahaha. 



p/s: Kerana berangan itu percuma. Macam-macam saya nak buat. [^__^]

Thursday, 16 May 2024

Libang-libu

Galau rasa hati ini.
Hendak diluah.
Tapi, sukar sungguh untuk menyusun kata-kata.
Dan diam itulah lebih mudah untuk dipilihnya.

Sungguh libang-libu juga diri ini.
Entahlah.
Sukar sekali nak bercerita.
Bagaikan ada sahaja rasa yang tak kena.

Sunday, 12 May 2024

Berangan

Seronokkan berangan?
Macam-macam kita boleh jadi dengan angan-angan.

Kerana ianya percuma.
Tak perlu kita khuatir untuk mengeluarkan segala nilai yang ada.

Tapi...
Sampai bila mahu terus-menerus dalam dunia khayalan?

Friday, 10 May 2024

Bercerita Dalam Diam

Tiada lagi coretan-coretan seperti dulu. Yang setiap detiknya pasti ada yang mahu diceritakan. Zaman itu terlalu asyik mahu meluahkan segala rasa yang ada. Tersepak batu pun boleh jadi isu semasa.

Tapi, kini.
Tidak lagi seperti itu.
Terlalu banyak perkara dipendamkan.

Adakah kerana faktor usia? Lebih banyak bercerita dalam diam.

Sunday, 24 March 2024

Ramadan 1445 Hijrah

 Pejam. Celik. Pejam. Celik.

Sekejap aje dah masuk pertengahan Ramadan.

Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah ini.

Salam Ramadan buat semua pengunjung di sini.

p/s: Rindu betul nak blogwalking macam dulu.

Tuesday, 5 March 2024

Semoga Sentiasa Positif!

Yakinlah kepada diri, yang anda juga boleh berjaya!

Biarpun usia dah makin meningkat, jangan putus asa. Kejayaan itu pasti ada untuk kita!

Percayalah!

Semangatlah wahai diri! 

p/s: Dah macam diari online. Tetiba rasa macam-macam saya nak luahkan dan cerita di sini. Hahaha.

Cepatnya Masa Berlalu

Lama tinggalkan blog. Bila teringat aje baru update. Sekarang dah masuk bulan Mac tahun 2024. Memang rasa cepat betul masa berlalu.

Pejam. Celik. Dah nak masuk Ramadan 1445 Hijrah. Semoga diberikan keizinan-Nya untuk menikmati bulan yang ditunggu-tunggu ini.

Masa berlalu. Saya masih sendiri. Masih dengan tercari-cari segala hala tuju. Usia makin meningkat. Kadang rasa macam tak ada apa perubahan. Sedih juga bila sekali-sekala terbaca cerita pencapaian daripada rakan sebaya yang semakin berjaya dalam kehidupan mereka. Mestilah saya gembira dengan pencapaian mereka. Saya sedih mengenangkan diri sendiri aje. Dulu macam-macam impian. Tapi, itulah. Bila impian hanya kekal impian, tidak diusahakan menjadi kenyataan, memang begitu ajelah tahap hidup saya. Adakah saya memang tak ada peluang untuk berjaya seperti mereka? =( 

Bila berbicara tentang keluarga. Pasti buatkan saya lagi cemburu. Tiap kali keluar membeli barang, tipulah kalau saya katakan tak cemburu melihat mereka yang keluar bersama anak kecil. Bersiar-siar ke destinasi yang menarik bersama pasangan tercinta.

Haishh.. Nak update apa sebenarnya ni. Hahaha. Tetiba rasa nak meluahkan segala hati pula. 

p/s: Saya betul-betul teringin nak aktifkan semula blog saya ini biarpun saya sendiri yang selalu datang ke sini. Tapi, jika ada yang masih sudi baca. Jutaan terima kasih saya ucapkan! =)