Sunday, 21 August 2022

Semangat Semakin Pudar?

Tarikh akhir blog ini aktif ialah pada 12 Jun 2022. Kemudian, senyap. Kembali sepi. Saya cemburu dengan awak semua yang masih aktif menulis di dunia blog ini. Teringin sungguh saya nak aktif semula bercerita di sini.

Tetapi, itulah. Bila ada semangat nak buat. Tetiba senyap semula. 

Betullah orang kata. Bila kita tiada hala tuju, kita makin hilang fokus untuk membuat sesuatu secara berterusan. Samalah macam bila ada blog ini. 

Nak menulis ini bukannya susah. Antara mahu dan tidak aje. 

Semoga semangat nak menulis itu kembali semula dan dapatlah saya aktifkan semula laman sesawang ni.