Monday, 12 December 2022

Keychain Senja

Dalam banyak-banyak tema warna latarbelakang lukisan. Warna senja inilah yang sering menjadi pilihan. Berminat untuk dapatkan keychain senja ini? 

Boleh layari di sini:

https://app.pentas.io/user/faarihin

Pening tengok nilai dalam BNB? 

Jangan risau boleh dapatkan dalam wang fiat dengan menggunakan:

https://nfxchange.io/

Yang penting ada Metamask Wallet:

https://metamask.io/

Boleh tanya saya jika perlukan bantuan untuk dapatkan NFT saya di sana.

Tak apa kalau tak nak dapatkan sekarang.

Yang penting, sudi-sudikanlah singgah ke laman seni saya di sana. =)





Sunday, 21 August 2022

Semangat Semakin Pudar?

Tarikh akhir blog ini aktif ialah pada 12 Jun 2022. Kemudian, senyap. Kembali sepi. Saya cemburu dengan awak semua yang masih aktif menulis di dunia blog ini. Teringin sungguh saya nak aktif semula bercerita di sini.

Tetapi, itulah. Bila ada semangat nak buat. Tetiba senyap semula. 

Betullah orang kata. Bila kita tiada hala tuju, kita makin hilang fokus untuk membuat sesuatu secara berterusan. Samalah macam bila ada blog ini. 

Nak menulis ini bukannya susah. Antara mahu dan tidak aje. 

Semoga semangat nak menulis itu kembali semula dan dapatlah saya aktifkan semula laman sesawang ni.

Sunday, 12 June 2022

Temui Swaterbit Kids Book di PBAKL 2022

Punyalah sibuk sampai terlupa nak update blog. Hari ini hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2022) di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTC, KL). Bermula dari 3 Jun hingga 12 Jun 2022.

Patutnya saya nak update sebelum PBAKL bermula. Tapi, asyik tertangguh aje.

Hari ini sempat lagi nak singgah bagi sesiapa yang berdekatan. 

Jemputlah singgah ke reruai 212 Swaterbit Kids Book (SKB). Di sana boleh belek buku-buku fizikal yang terdapat dalam Buku Audio Visual SKB.


Reruai yang terletak di bahagian Reruai Mandiri. Berdekatan dengan pentas utama.


Pelbagai tema buku yang dihasilkan oleh alumni SKB.


Ada lagi buku-buku lain di rak mini ini. 


Semua 36 buah buku Audio Visual SKB boleh didapati di sini:

Tuesday, 29 March 2022

Buku Audio Bergambar Kanak-Kanak Swaterbit Kids Book



Sesiapa yang tercari-cari Buku Audio Bergambar Kanak-kanak bolehlah dapatkan set Buku Audio Visual Swaterbit Kids Book yang mengandungi 36 judul buku cerita dengan harga RM 49 sahaja. Ada tema Biblioterapi, Travelog Malaysia dan banyak lagi. Dalam set audio ini bukan sahaja ada dalam Bahasa Melayu, ada juga dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Klik link di sini untuk dapatkan set Buku Audio Visual SKB



Tema Biblioterapi



Tema Travelog Malaysia


Dan pelbagai tema yang lain.



Semuanya boleh dapatkan di sini: