Friday, 16 July 2021

Keychain Lukisan Tangan

Dulu selalu berangan nak ada keychain yang gambarnya saya lukis sendiri. Lama juga berangan tu. Hinggalah akhirnya tahun ini berjaya realisasikan impian tersebut. Alhamdulillah, tangan yang keras ini rupanya dapat juga bermain dengan warna-warna poster.

Jujur saya katakan saya tak ada bakat. Memang ambil masa jugalah untuk saya berlatih untuk dapatkan warna latar belakang tersebut. Mula-mula buat memang rasa kecewa. Sebab asyik tak jadi. Lama juga saya simpan berus dan warna poster yang telah dibeli.

Selepas habis pengajian pada tahun 2019. Barulah terbuka hati semula untuk melatih jari-jemari yang keras ini untuk bereksperimen melukis dengan berus lukisan.

Sekarang masih tetap berlatih. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Masih lagi di tahap 'newbie'. Jutaan terima kasih kepada semua Youtuber yang sentiasa berkongsi ilmu untuk para pemula dalam membuat latihan melukis ini.

Seronok sangat bila masuk dalam dunia lukisan. [^__^]


p/s: Rasa macam nak sambung belajar dalam bidang lukisan seni halus..

Thursday, 15 July 2021

Cabaran Membaca Untuk Tahun 2021

Lama juga saya bilangan buku yang telah saya baca di Goodreads. Baru berjaya update sebuah buku yang sudah habis dibaca. Nampaknya nak kena rajinkan balik diri ini untuk membaca lagi banyak buku dan pada masa yang sama rajin-rajinkan juga diri melayan laman sesawang Goodreads. Bila update, barulah nampak buku apa yang telah dibaca.


p/s: Dan lama juga saya tak update blog. Masih ada ke yang sudi singgah di sini?



Thursday, 20 May 2021

Selamat Hari Raya 2021

Harapnya masih boleh lagilah saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang sudi mengunjungi ke laman blog saya ini. Lama juga tak update dan lama juga dah tak berlatih menulis di sini.


Setiap kali masuk ke blog. Selalu fikir nak buat tema apa untuk blog saya. Terlalu banyak genre yang nak saya masukkan. Masih tercari-cari niche yang sesuai untuk diri ini. Tapi, itulah saya jadi tak boleh nak fokus kepada suatu perkara. Mesti rasa nak juga cuba semua selagi boleh.

Semoga nanti adalah rentak yang sesuai untuk saya menulis di dalam blog ini.

Sekarang kita masih lagi dalam tempoh pandemik. Kes pula makin meningkat. Semoga semuanya jaga diri tak kira di mana jua anda berada.

Jumpa lagi di lain entri. 

p/s: Masih ada ke yang sudi datang ke sini?